Saturday 15 January 2022

STID1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN


Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)

1.0 PENGENALAN

Revolusi Industri merupakan fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden. Sejarah revolusi industri ini bermula pada tahun 1800 (1760-1830) yang dikenali sebagai Industri 1.0.(Morris, A. E. J., 2013). Tumpuan utama dalam industri 1.0 ini adalah mengenai kuasa wap yang digunakan dalam kilang – kilang. Ia bergantung lebih kepada kegunaan air ataupun wap yang berupaya menggerakkan jentera berasaskan kuasa wap untuk kerja – kerja yang tidak terdaya oleh kudrat manusia. Maka terciptalah enjin stim (steam engine) yang turut membawa perubahan besar kepada sistem pengangkutan selain jentera – jentera lain yang berupaya pula meningkatkan aktiviti perindustrian.

Manakala Industri 2.0 bermula pada tahun 1900 (sekitar 1870-1914) yang banyak menggunakan kuasa elektrik. Perkembangan teknologi yang melibatkan kuasa eletrik jelas membawa satu lagi lonjakan status hidup kepada masyarakat melalui pengilangan secara besar – besaran sepertimana pada hari ini. Revolusi Industri 3.0 pada tahun 2000 lebih menumpukan kepada penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Di peringkat akhir revolusi ketiga timbul pula teknologi automasi, yakni satu keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Mesin dan jentera boleh bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila ia dimuatkan dengan program komputer tertentu bagi melakukan sesuatu aktiviti terancang. (Yusof, M. F., 2017).

Revolusi Industri 4.0 telah diperkenalkan pada tahun 2016 yang merupakan satu bentuk kemajuan dalam peradaban dan ketamadunan manusia. Peralihan dari zaman pertanian kepada zaman perindustrian menjadikan kehidupan manusia semakin kompleks dan penuh elemen berdaya saing dalam bentuk moden. Industri 4.0 adalah penemuan pelbagai teknologi baharu yang menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT), dan yang seumpamanya. Ia melibatkan teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka untuk melakukan perubahan yang seiring dengan transformasi digital itu bagi mengekalkan berdaya saing dan meggalakan kemajuan landskap dunia moden. (Ilias, K., & Ladin, C. A., 2018).

 Oleh itu, revolusi ini menunjukan bahawa kemunculan sistem fizikal siber yang telah melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi, atau erti kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung dan industri 4.0 juga secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.

2.0 DEFINISI REVOLUSI INDUSTRI 4.0

            MacDougall (2014) merujuk Industri 4.0 sebagai satu perubahan evolusi teknologi daripada sistem yang terdahulu kepada sistem Fizikal-Siber (cyber-physical system). Menurut Pengasas dan pengerusi eksekutif World Economy Forum (WEF), Klaus Schwab, menerusi bukunya ‘The Fourth Industrial Revolution’ menjelaskan industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan (9) penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik, siber keselamatan dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

             2.1 DEFINISI KESELAMATAN SIBER

            Keselamatan siber merujuk kepada kaedah pencegahan yang digunakan untuk melindungi maklumat daripada dicuri, dikompromi atau diserang. Ia memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod jahat yang lain. Strategi keselamatan siber termasuk pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden. Keselamatan siber adalah kategori yang sangat luas yang merangkumi pelbagai teknologi perkakasan dan perisian.

Rajah 1

2.2 DEFINISI PENGKOMPUTERAN AWAN (CLOUD)

Pengkomputeran awan adalah penggunaan pelbagai perkhidmatan, seperti platform pembangunan perisian, pelayan, penyimpanan dan perisian, melalui internet dan sering disebut sebagai "cloud". Tambahan pula, pengguna boleh mencapai data – data seperti dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video dengan menggunakan mana – mana komputer atau peranti mudah alih lain dengan menggunakan capaian Internet pada bila – bila masa.

Rajah 2

 

2.3 DEFINISI INTERNET OF THINGS (IoT)

Internet Of Things (IoT) adalah menghubungkan semua peranti yang mempunyai akses kepada Internet. Peranti yang dimaksud kan adalah telefon bimbit, mesin basuh, lampu, penghawa dingin dan apa – apa jua peralatan dan mesin yang dihubungkan dengan internet dan berlaku pengumpulan dan perpindahan data menerusi rangkaian. Jika ia boleh dihubungkan dengan rangkaian internet atau menjadi sebahagian daripada mesin yang berhubung dengan internet, dan ada pemindahan data, ia dikategorikan sebagai IoT

Rajah 3


3.0 KEFUNGSIAN IR 4.0

IR 4.0

FUNGSI

KESELAMATAN SIBER

·         Keselamatan siber adalah untuk melindungi data dan maklumat anda daripada akses elektronik yang dibenarkan. Ringkasnya, keselamatan siber melindungi data berharga anda dalam bentuk elektronik. Ia adalah satu suite keselamatan maklumat yang sentiasa menyediakan keselamatan untuk infrastruktur IT. Selain itu, keselamatan siber juga melindungi ruang siber daripada di akses oleh orang tanpa kebenaran dan menangani ancaman yang mungkin atau mungkin tidak wujud dalam serangan siber

PENGKOMPUTERAN AWAN

·         Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) adalah proses di mana penggunaan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data atau maklumat sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahu pun video. Proses Cloud Computing berlaku apabila data – data di muatnaik ke sebuah website atau aplikasi kemudian data tersebut yang sudah di muatnaik itu dapat diakses atau dimuaturun dari peranti lain seperti computer, laptop,  tablet atau dari mana – mana telefon bimbit melalui sambungan internet.

INTERNET OF THINGS (IoT)

·         Internet of Things (IoT) adalah suatu konsep yang menghubungkan peranti dengan peranti yang lain melalui suatu jaringan internet. Selain Itu, ia juga boleh memindahkan maklumat antara peranti dalam tempoh masa yang singkat. Hal ini akan memudahkan pengguna serta menjimatkan masa dan mengurangkan tenaga kerja.

 

Jadual 1

4.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN IR 4.0

 

IR 4.0

KEBAIKAN

KEBURUKAN

KESELAMATAN SIBER

·         melindungi data atau maklumat dari capaian tanpa izin.

·         Menghalang atau melindungi peranti daripada serangan siber

·         pencerobohan privasi

·         kurang kesedaran berkaitan keselamatan siber

·         boleh digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab

PENGKOMPUTERAN AWAN

·         storan penyimpanan yang tiada had

·         boleh akses data atau maklumat melalui pelbagai peranti

·         terdedah kepada gangguan dan masalah teknikal seperti ‘server down

·         kebergantungan kepada capaian internet

INTERNET OF THINGS

·         menjimatkan masa dan tenaga kerja

·         mengoptimumkan teknologi

·         mudah di akses

·         Terdedah kepada penggodaman

·         Kecanggihan IoT telah mempamerkan data peribadi secara melampau tanpa penyertaan aktif pengguna

 

Jadual 2


5.0 NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI IR 4.0

Akhir – akhir ini boleh dikatakan semua negara telah melaksanakan teknologi IR 4.0 ekoran daripada perubahan  atau perkembangan sesebuah negara. Tidak terkecuali negara kita, Malaysia. Teknologi Internet of Things (IoT) mula digunakan secara meluas di Malaysia sejak 1990 an dan terus berevolusi sehingga kini. Jika dilihat pada masa kini, di Malaysia kebanyakan sistem – sistem pendigitalan digunakan secara kerap dan meluas, sebagai contoh sistem bayaran parkir kereta, sistem bayaran utility dan sebagainya. Hal ini memudahkan dan menjimatkan masa pengguna untuk membuat proses pembayaran. Pengguna akan membuat pembayaran dengan cara atas talian yang memerlukan capaian internet.

Selain itu, Negara Jepun juga melaksanakan teknologi IR 4.0 bahkan lebih awal berbanding negara kita. Negara Jepun dilihat sebagai sebuah Negara maju dan lebih awal berevolusi dari pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kejuruteraan automotif, kejuruteraan binaan, sistem jalan raya, sistem elektrik dan elektronik dan pelbagai lagi. Lebih jelas untuk lihat penggunaan teknologi IR.40 adalah semasa Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. Penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan temasya sukan berprestij itu antaranya adalah Sistem 3D athlete tracking, facial recognition, Video Reality (VR) dan penggunaan pelantar komunikasi 5G. Selain itu, pihak pengurusan menggunakan aplikasi teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) secara meluas semasa temasya sukan tersebut berlangsung.

 

6.0 CABARAN REVOLUSI INDUSTRY 4.0

Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) bukan sesuatu realiti yang mudah. Terdapat cabaran – cabaran yang perlu diatasi untuk menjadikan perkara ini satu realiti. Semua pihak harus menangani cabaran IR 4.0 agar tidak ketinggalan dan mundur.

6.1 CABARAN SEKTOR KERAJAAN

1.      UNDANG – UNDANG

Pihak kerajaan perlu berpandangan jauh dalam bidang perundagan yang melibatkan syarikat dan teknologi. Pihak kerajaan harus berfikir bagaimana caranya untuk melindungi privasi rakyat pada masa yang sama masih menyokong inovasi dan pembagunan teknologi seiring dengan kemajuan.

2.      PERBELANJAAN

Perubahan bukan suatu perkara yang mudah kerana berubah kearah IR 4.0 perlu mengeluarkan perbelanjaan yang agak tinggi dalam infrastruktur teknologi baru yang mungkin menelan belanja jutaan ringgit. Selain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan dan menambahbaik prasarana digital dan Internet serta dipertingkatkan kapasiti dan luas jangkau capaiannya terutama ke kawasan – kawasan terpencil.

3.      KESELAMATAN SIBER

Keselamatan siber dan kerahsiaan data peribadi atau maklumat pengguna perlu di utamakan kerana pihak kerajaan perlu melindungi dan menjaga keharmonian pengguna. Jika pihak kerajaan memandang enteng terhadap perkara ini, ramai pengguna akan terkena serangan siber yang mana boleh mengakibatkan kerugian malah boleh menggugat nyawa pengguna.

 

6.2 CABARAN SEKTOR SWASTA

1.      PELUANG PEKERJAAN


Dunia  pekerjaan  di kebanyakan kilang  terjejas  akibat  daripada  pengenalan  akan  revolusi robotik banyak  menjejaskan peluang  pekerjaan dan kemunculan  revolusi ini akan menggantikan peluang pekerjaan yang  mampu dilakukan  oleh manusia  dan akan digantikan  dengan  robotik  yang  dipercayai  dapat  melakukan  kerja  manusia  dengan keupayaan yang lebih daripada kemampuan manusia. Hal ini akan membuatkan peratusan penganggur di negara ini meningkat.

2.   PERBELANJAAN

Pihak swasta atau pengilang perlu mengeluarkan bajet atau dana yang besar bagi menyediakan peralatan atau mesin yang canggih bagi mengikuti arus perubahan teknologi yang giat berkembang. Jika pengilang masih menggunakan peralatan tradisional atau teknologi lama, maka pengilang akan ketinggalan dan kurang efektif.

7.0 PENUTUP

Kehadiran Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya

tanpa sempadan pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan.

Daripada penghasilan wap sehingga kewujudan internet dan komputer, taraf hidup

kebanyakan masyarakat di seluruh dunia telah bertambah baik.

Tanpa ragu-ragu, perkembangan teknologi yang lebih maju dan fleksibel pada

Industri 4.0 ini berpotensi untuk meningkatkan aspek perubahan kehidupan

masyarakat ke arah yang lebih sistematik dan berkualiti berbanding ketiga-tiga

revolusi sebelum ini.

Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pelan

perancangan yang mampan dan menyeluruh oleh semua pihak terlibat termasuklah

penggubal dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan Revolusi

Industri 4.0 dapat dimanfaatkan sebaiknya.

  8.0 RUJUKAN

Morris, A. E. J. (2013). History of urban form before the industrial revolution. Routledge

Yusof, M. F. (2017). Revolusi Perindustrian Keempat / Industri 4.0 / Ir 4.0.

MacDougall (2014). Industrie 4.0: Smart Manufacturing for the Future

Ilias, K., & Ladin, C. A. (2018). Pengetahuan dan kesediaan Revolusi Industri 4.0 dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 6(2), 18-26.

No comments:

Post a Comment