Monday 14 January 2019

Memori Labuan: 1001 Kenangan

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan kurniaNya. Masih sihat. diberi nikmat didunia oleh Allah SWT. semoga diri ini sentiasa mensyukuri nikmat yang ada dan tidak tergolong dalam golongan yang kufur atas nikmat yang diberi.

27hb Disember 2018 sehinngga 1 Januari 2019, mewakili team IIUM ke kejohanan Boling Padang "Labuan Ambang Tahun Baru 2019 Open Triples" bertempat di Kompleks Boling Padang Antarabangsa Labuan. 

Hooyeahhhhh!!.. 👊👊👊

Day 1
Rabu 26/12/2018


10 a.m dari Kuantan. Plan gerak awal sebab taknak rushing kat KLIA 2. so nnt boleh check in luggage awal, santai2 je lepak KLIA 2. Nasib baik gerak awal, KL hujan lebat. kalau gerak lewat, masak la kitorg sangkut dalam jammed kat KL.. hahahaha



Oway pergi!!.. 26/12/2018 flight Air Asia jam 6.15 p.m dari KLIA 2

Selamat touch down di Labuan jam 8.45 p.m.. Tunggu beg + clearance Imigration, dalam 9.00 p.m. keluar dari Lapangan Terbang Labuan.. Jakun + eksited.. 1st time sampai Labuan, so complete la semua Negeri dan Wilayah dalam Malaysia explore.

Day 2
Khamis 27/12/2018

Managers Meeting and jadual game dah keluar. 1st game diundi melawan team Greenfinder. Yang ni best, sponsored team. mmg bijak!!.. cari sponsor utk event. win2 situation utk company and player.. 

1st time sampai green Labuan. Indoor + ada 8 rink je.. 😆😆

IIUM vs Greenfinder. Daeng Dhadyry Dahasry (baju hitam tengah) Gold Medalist SUKMA 2014. Silver Medalist Sea Games 2017.. 

sempat selfie dengan kakak (Alyani Jamil). Gold Medalist Sea Games, Silver Medalist World Singles Champion of Champions 2018.. hahahaha.. 💕💕💕


Hard luck. Tewas teruk pada perlawanan pertama.. terkejut dgn speed green di Indoor Labuan. biasa main di sukpa surface berat, padang labuan sgt2 ringan. best + still tak dapat tune dengan padang baru.. <---- (baca: alasan kalah.. HAHAHAHA).. 


stress kalah. layan Mee Kolok padu terus. kekekeke!!.. semangkuk RM15, tapi serius sedap (ni Arip kata)..


so next game pada 3pm.. fokus balik, plan utk 2nd game. jauh2 datang Labuan, takkan nak kalah kan.. HAHAHAHAHAHA.. promise dengan team mate yang ptg ni kita akan buat balik.. tebus kekalahan pagi tadi.. chaiyokk team IIUM!!.. 

IIUM vs PS Team. Local team dari Labuan.

Pain is temporary. Pride is forever. the rest is history.. hahahaha!!.. 

Sky Park Ujana Kewangan (Financial Park)

oway balik dari Green Lawn Bowls, singgah skjp ke Ujana Kewangan (UK). local Mall, tanya akak tu mana nak beli coklat. adik g depan tu, ada "k park".. rupa nyer Sky (baca loghat Sabah: ske) Park.. hahahahaha!!..


view dari apartment kami, Labuan Square. nice view, tapi kapal kargo tu dah takde masa hari ke 4 kat sini..
Day 3
Jumaat 28/12/2018

Game start lewat. Jumaat awal kat Labuan. so ambil masa free pagi ni utk explore jalan2 Labuan. dah siap2 google, tgk area 92km persegi Labuan. mana tempat yang wajib pergi.. hahahaha

Morning view dari Labuan Square!!.. mmg nice gila wehhh..

rate 150/nite. tepi laut, berbaloi2..


Dataran Labuan. owhhh, Labuan Square ni mmg betul2 tepi dataran Labuan. so dia duduk antara dataran Labuan dan laut lepas.. 

 Kampung Air Patau2. Nice Morning view

Apam Balik gedabak. Row 1, UTC. area pasar buah. sebagai seorang penggemar apam bali tegar, seriously apam balik dia sgt2 sedap..


Masjid Jamek An-Nur Labuan.. Tad panggil Masjid Darth Vader.. HAHAHA


Lepas Jumaat siap2 utk game petang. nasib la Ayie bijak, cari bilik dekat dengan venue game. x sampai 5 minit pun dari bilik ke venue pertandingan..

Daerah Tutong Bowl Club (TBC)
p/s: balik Kuantan, bnyk pulak jumpa pic Uncle dengan anak2. Pengurus Pasukan Lawn Bowls Brunei. huhuhuhu 

good game, well played!!..

since game habis dah hampir maghrib, terus ke Dataran Jam Labuan. betul2 bersebelahan dengan venue pertandingan.. 

cantik kan?!!.. 


Day 4
Sabtu 29/12/2018

Hari ke 4 di Labuan. dah mula tepu. RIndu anak2, rindu nak makan Nasi Dagang. puas dah jalan Labuan, tak tau nak g mana lagi.. hehehe

kebetulan pulak, ada Earthquake kat Philippine. lagi la rasa seram + debor wehh. dah la duduk pulau. 

haaaa.. earthquake hari tu..

kekonon sedih. sambil perati bendera Pahang.. 

tapi dah alang2 sampai. game kene teruskan.. jauh2 datang ni.. jangan sesekali sia2kan pengorbanan isteri & anak2. tinggalkn diorg, at least kene achived something dari Labuan.. 


team dari Brunei 

Kalah game ni, tapi meneruskan cabaran ke perlawanan top 48 plate bagi keseluruhan pasukan yang bertanding. next game pukul 8am esok..

sementara tunggu next game, g cari makan pulak.. hehehehe. google punya google, decided nak pergi makan kat Anjung Ketam Kampung Nagalang!!..

Anjung Ketam Kampung Nagalang..


cantik gila. kenapa Kuantan xde?!!.. why?!!.. why?!!.. HAHAHA



cantik satu hal. sedap pulak tu.. huhuhu.. mmg kene betul dengan tekak.. makan ketam berbelas ekor, 3 org makan.. sampai kebas2 bibir makan ketam.. 

tengah sedap2 makan, owner kedai hantar gulai lemak Belangkas ni. masak belangkas ala Labuan, totally different dengan yg biasa makan kat Johor.


Day 5
Ahad 30/12/2018

Game  awal hari ni. Masuk pusingan kalah mati dah. 


Top 48 Cup Match: Local team dari Labuan!!..

Rezeki tak menyebelahi kami pada perlawanan pagi tu. tewas tipis selepas mendahului sehingga ke end 10. hilang momentum dan tewas. 

terkeluar saingan Cup, ke saingan round of 32 Plate. Diundi bertemu skuad pembangunan Sukma Labuan!!.. 


Round of 32 Plate.. x tau la budak2 ni kecik ke, aku yang besor!!.. 😂😂😂

kemenangan yg membawa kami ke Round of 16!!..

Alhamdulillah. berjaya ke top 16. perlawanan akan dimulakan lewat, memandangkan esok hari terakhir kejohanan, game straight sampai ke malam..

Day 6
Isnin 31/12/2018 

Game start petang. so pagi ni ambil kesempatan utk pusing2 lagi Labuan. Esok dah nak balik.. 


orang kata tak sah datang labuan kalau tak pergi ke Muzium Chimney

macam pergi ke Sungai Lembing. Hehehe

Gado2!!.. 

habis pusing, ready utk next match. Top 16 Plate!!.. 

ni la opponent kami. team DBKL!!.. 

kami tewas, sejujurnya tewas didalam perlawanan yang sepatutnya boleh menang. sukan tu kejam, at the end hanya ada satu pemenang..

sedih. kecewa!!.. putus asa???.. tidak sesekali. insyaAllah kami akan kembali semula nnt.. 


ayat konon2 tak sedih, tapi lama gila lepak tepi teksi air ni

Muhasabah diri!!.. (baca: sedih oii!!).

Day 7
Selasa 1/1/2019
Flight balik ke semenanjung sudah. mula2 sampai, rasa lama masa berlalu. sedar2 dah hari terakhir dah.. 

time ni menyesal sbb beli rokok sikit je.. padahal ok je beli lebih 1 karton


Bye2 Labuan. Ada rezeki, kami datang lagi!!..


💕💕💕💕💕